Monday, January 26, 2015

Working Holiday Visa for Malaysia - 2015/2016

Working Holidays Visa - 2015/2016

Saya rasa tertulis untuk kongsikan apa yang saya tahu mengenai Working Holiday Visa (WHV) untuk rakyat Malaysia.

Tujuan utama WHV ini adalah secara amnya adalah untuk membenarkan anda melancong ke New Zealand (NZ) sambil bekerja untuk tempoh yang panjang sehingga maksimum 9 bulan. Sasaran utama Visa ini adalah tertumpu pada anak muda yang umur 19 sehingga 30 tahun sahaja layak memohon. Kuota yang diperuntukkan rakyat malaysia setiap tahun adalah 1150 visa.
Antara negara yang akan turut serta diberi kelayakan memohon WHV ini adalah daripada 

Argentina, Belgium, Brazil, Canada, Chile, China, Czech, Denmark, Estonia, Finland, France,Germany, Hong Kong Special Administrative Region, Ireland, Italy, Japan, Korea, Latvia, Malaysia, Malta, Mexico, Netherlands, Norway, Peru, Poland, Singapore, Slovenia, Spain, Sweden, Taiwan, Thailand, United Kingdom, United States of America, Uruguay

Anda semua dapatlah belajar multicultural bila sampai di New Zealand nanti sebab kebanyakan warganegara luar 

Syarat-syarat
  • Warganegara Malaysia dan mempunyai passport yang belum sampai tarikh luput. at least 3 bulan sebelum perjalanan ke NZ.
  • Umur sekurang-kurangnya 18 tahun dan tidak lebih dari 30 tahun.
  • Tidak dibenarkan bawa anak
  • Mempunyai tiket pergi dan balik Malaysia-NZ
  • Mempunyai simpanan sekurang-kurangnya NZ 2250.00 bersamaan RM 6,000.00 ++ (Rate exchange 2.7 - 26/1/2015) sebagai bukti anda mampu menampung kehidupan di New Zealand.
  • Tujuan utama ke NZ adalah bercuti sambil bekerja.
  • Sihat tubuh badan - melepasi keperluan kesihatan yang diperlukan oleh NZ
  • Tidak pernah diluluskan WHV sebelum ini. dan 
  • Sekiranya anda berada di NZ, anda mesti mempunyai visa sementara yang sah.


Kerja apa yang sesuai di NZ?

Ramai yang akan risau bagi jaminan pekerjaan di NZ apabila tiba di NZ dalam keadaan bajet yang minimum.

Kebanyakan kerja yang ditawarkan di NZ adalah pada yang telah berada disana. Agak sukar bagi sesiapa yang mohon melalui online terutama kerja yang ikut musim (seasonal job). Juga ingin dipesan jangan sesekali terima tawaran oleh agen pekerjaan yang berada di Malaysia dengan janji-janji manis.

Sekiranya tumpuan anda adalah pekerjaan mengikut musim, kajian dan perancangan yang tepat akan lebih banyak membantu terutama bagi penentuan tarikh untuk anda pergi ke New Zealand.


                              



Kerja-kerja yang sesuai di seluruh New Zealand boleh rujuk jadual dibawah




Beberapa laman web mungkin dapat membantu untuk mencari pekerjaan bermusim.

http://www.backpackerboard.co.nz
http://www.seasonalwork.co.nz
http://www.picknz.co.nz
http://www.workinnz.co.nz
https://www.facebook.com/seasonaljobsnewzealand



4 comments:

  1. Saya akan berumur 30 tahun pada 2016. Masih layak tak nak apply whv ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aina,
      Biasa akan ikut tarikh birthday on Application date.

      Delete
  2. date untuk apply working holiday visa NZ ni mmg fix every year pada 28 jan 10am waktu NZ ke? just setahun sekali application je?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nazri,
      Tak tentu, kebiasaannya awal tahun (tiada ketetapan tarikh dan waktu)
      Keep monitor on INZ Website

      Delete