Saturday, August 15, 2015
Timbang Beg Sebelum Tiba di KLIA
Ini lagi satu perkara yang penting harus korang semua ambil berat. Nama pun nak berhijrah, maksudnya haruslah bawa segala rempah kari, botol kicap, belacan, taucu, keropok lekor, budu, cencaluk..... Pack barang-barang semua awal-awal. Jangan tunggu sampai last minit. Timbang beg-beg yang nak di bawa masuk sebagai lugage. Penimbang ada dijual di pasaraya (contoh Mydin. harga RM30).
Pengalaman yang kami lalui ialah timbang beg di KLIA dan terlebih berat sebanyak 36kg. Terpaksa repack beg dan keluarkan semua bahan makanan yang berjumlah RM250. Satu pun tak bawak. Nak keluarkan baju macam tak logik, jadi terpaksa korbankan makanan.
Dah la rugi, serabut pulak kepala nak repack. Jadi bagi sesiapa yang nak kemas barang-barang sila timbang siap-siap di rumah.
[tad rahmat]
Thursday, August 13, 2015
Checklist Sebelum Berhijrah
Adalah paling penting untuk kita sediakan checklist perkara yang perlu kita buat sebelum tiba di destinasi. Anggaran waktu checklist yang paling sesuai adalah 6 bulan sebelum waktu berangkat supaya tak kelam kabut menyusahkan diri sendiri. Serabut kepala kalau checklist tak lengkap.
Dibawah ini saya sediakan senarai rujukan checklist sebagai rujukan bersama.
Sila klik link di bawah. Print dan tick mana yang dah settle.
http://nzready.immigration.govt.nz/#/
[tad rahmat]
Subscribe to:
Posts (Atom)