Saturday, August 15, 2015
Timbang Beg Sebelum Tiba di KLIA
Ini lagi satu perkara yang penting harus korang semua ambil berat. Nama pun nak berhijrah, maksudnya haruslah bawa segala rempah kari, botol kicap, belacan, taucu, keropok lekor, budu, cencaluk..... Pack barang-barang semua awal-awal. Jangan tunggu sampai last minit. Timbang beg-beg yang nak di bawa masuk sebagai lugage. Penimbang ada dijual di pasaraya (contoh Mydin. harga RM30).
Pengalaman yang kami lalui ialah timbang beg di KLIA dan terlebih berat sebanyak 36kg. Terpaksa repack beg dan keluarkan semua bahan makanan yang berjumlah RM250. Satu pun tak bawak. Nak keluarkan baju macam tak logik, jadi terpaksa korbankan makanan.
Dah la rugi, serabut pulak kepala nak repack. Jadi bagi sesiapa yang nak kemas barang-barang sila timbang siap-siap di rumah.
[tad rahmat]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment